Saturday, September 24, 2022

Potensi Willie bakal bawa kemenangan untuk GPS

Secara Rawak

KUCHING: Penerimaan keahlian Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diyakini akan mengembalikan kerusi itu kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-15) akan datang.

Malah, Duta Khas Perdana Menteri bertaraf menteri ke Asia Timur, Datuk Seri Richard Riot Jaem yakin ia akan membawa kemenangan di ketiga-tiga kerusi Parlimen bagi kawasan majoriti Bidayuh iaitu Serian, Puncak Borneo dan Mas Gading.

“Saya yakin dengan kemasukannya, semua tiga kerusi Parlimen bagi kawasan majoriti Bidayuh akan pergi kepada GPS,” katanya ketika mengulas mengenai keputusan PBB yang menerima keahlian Willie.

Beliau ditemui semasa menghadiri majlis perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) siri ketujuh yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Perayaan Petra Jaya, di sini pada Ahad.

Justeru, Riot yang juga Ahli Parlimen Serian mengalu-alukan kehadiran Willie dalam PBB khasnya dan GPS amnya.

Ketika ini, Parlimen Serian menjadi satu-satunya kerusi Parlimen bagi kawasan majoriti Bidayuh yang diwakili oleh GPS. Manakala Puncak Borneo, dimenangi oleh Willie pada PRU14 yang lepas menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parlimen Mas Gading disandang oleh Mordi Bimol dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru