Friday, October 7, 2022

Pemilik kedai terima bantuan segera

Secara Rawak

SEBUYAU: Perasaan sedih dan sayu menimpa 10 pemilik kedai yang terbakar Sabtu lalu sedikit terubat selepas dikunjungi Menteri Utiliti dan Telekomunikasi yang juga Adun Sebuyau Datuk Julaihi Narawi pada hari kejadian.

Sambil menghulurkan bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Julaihi berharap semua keluarga tabah dalam ujian yang menimpa dan mendoakan semoga ujian kehilangan tersebut digantikan dengan rezeki yang lebih baik.

Sementara itu, beliau turut mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bantuan untuk mangsa kebakaran di Pejabat Daerah Sebuyau pada malam kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 2.20 petang Sabtu, dua blok merangkumi 10 lot kedai di Pekan Sebuyau musnah dalam kebakaran.

Kebakaran dilaporkan membabitkan sebuah blok mempunyai enam pintu manakala blok kedua empat pintu.

Sejurus pasukan bomba menerima panggilan kecemasan, 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi penyelamatan dan pemadaman.

Tiada pusat pemindahan dibuka kerana semua mangsa berpindah ke rumah saudara-mara.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru