Sunday, September 25, 2022

Negara tuntut komitmen belia

Secara Rawak

MUKAH: Golongan belia perlu belajar dan mencontohi semangat kental warga veteran selama ini dalam mendepani segala cabaran dalam kehidupan dan pembangunan negara khasnya di Sarawak.

Menurut Timbalan Residen Bahagian Mukah Shafrie Saili, belia khasnya di Bahagian Mukah perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam diri untuk memimpin diri, keluarga dan masyarakat ke arah yang lebih baik. Pada masa yang sama jelasnya, mempunyai nilai integriti yang tinggi.

“Contohi semangat orang lama, contohi kekentalan jiwa orang lama, jangan mudah rapuh dan jangan mudah terleka dan jangan mudah terbuai dengan perkara yang kita miliki pada hari ini.

“Belia perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin di pelbagai peringkat baik di kampung, daerah, negeri dan negara suatu hari nanti,” katanya. B

eliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah di Dewan Suara Mesra Mukah pada Sabtu.

Katanya lagi, Hari Belia Negara merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan dan peranan belia dalam masyarakat. “Ini bermakna tangungjawab serta peranan belia sentiasa dipandang tinggi dan sentiasa dihargai oleh kerajaan.

“Kita tidak memandang belia sebelah mata. Sebab itu dalam setiap program yang diadakan, kita sedaya mungkin melibatkan golongan belia untuk turut serta. “Sekiranya belia betul-betul bersatu, mereka boleh mengubah sesuatu keadaan.

Jadi lengkapkan diri anda (belia) dengan ilmu dan mesti mampunyai keinginan untuk sentiasa mengadaptasi dan berubah mengikut peredaran zaman, malah dunia hari ini laju perkembangannya terutama dari suduh teknologi,” tambahnya lagi. Beliau menasihatkan belia agar mempersiapkan diri dengan ilmu untuk menjadi pemimpin berkarisma dan mempunyai akhlak terpuji.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru