Sunday, September 25, 2022

Mayat Jenggut dijumpai di Kanowit

Secara Rawak

KANOWIT: Seorang kanak-kanak lelaki yang juga mangsa perahu karam di Kapit Jumaat lalu, dijumpai lemas di berhampiran Kampung Bedil, di sini, semalam.

Mayat Jenggut Antas, 10, ditemui terapung oleh anggota bomba yang tidak bertugas dan sedang memancing iaitu kira-kira 84 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti kampung Hilir Kanowit dan diserahkan kepada pihak polis.

“Hasil pengecaman dilakukan bapa mangsa mengesahkan bahawa ia adalah mayat anak kandungnya, berdasarkan kepada pakaian dipakai pada waktu kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan penemuan itu operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang masuk hari Ke empat ditamatkan pada 4.00 petang tadi.

Kejadian jam 9.45 pagi itu berlaku ketika enjin perahu dinaiki mangsa bersama keluarganya menghadapi masalah sebelum dihanyutkan arus deras.

Ia kemudiannya terlanggar tongkang yang sedang berlabuh di tebing sungai sebelum dilaporkan karam.

Menurut laporan yang dibuat oleh bapa mangsa, Antas Agang, insiden berlaku ketika dia bersama dan dua anak mereka dalam perjalanan menyeberang sungai ke pekan Kapit.

Susulan kejadian, Antas bersama isteri dan seorang lagi anak mereka berjaya menyelamatkan diri namun Jenggut dilaporkan hilang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru