Tuesday, September 27, 2022

Kenapa ahli parlimen lompat parti tidak disiasat SPRM?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Mengapakah Ahli Parlimen yang melompat parti terlepas  daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14?

Demikian soalan yang diajukan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Menurut beliau, tak pelik ketika zaman Pakatan Harapan (PH) apabila ketua SPRM ialah pemimpin tertinggi PKR.

“Sudah tentu tak akan siasat dan dakwa MP (Ahli Parlimen) lompat yang menyokong mereka,” katanya melalui satu hantaran di Facebooknya.

“Mac 2020 Datuk Seri Azam Baki diangkat menjadi orang nombor 1 SPRM gantikan Latheefa Koya. Kenapa MP Lompat ini masih tidak disiasat?

“Adakah mereka kebal dari undang-undang? Ataupun SPRM masih menerima tekanan daripada orang politik?” soalnya lagi.

Untuk rekod, tiga bekas pemimpin UMNO yang melompat ke Bersatu selepas pilihan PRU-14 kini menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan semasa iaitu Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Undang-undang, Mas Ermieyati Samsuddin dan Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi Ghazali.

Pada Jun lalu,  Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid  Hamidi yang memberi keterangan di mahkamah memaklumkan bahawa ketiga-tiga Ahli Parlimen itu, meninggalkan UMNO/BN untuk menyertai Bersatu  ‘kerana takut’ mereka akan disiasat SPRM.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru