Friday, October 7, 2022

Jambatan Merah Bintangor bakal dilimpahi cahaya

Secara Rawak

BINTANGOR : Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan RM100,000 untuk melaksanakan projek pemasangan lampu LED di Jambatan Merah Bintangor yang menjadi penghubung utama penduduk ke Sarikei.

Projek yang dijangka bermula 15 Ogos itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, pemasangan kemudahan itu bukan sahaja menceriakan persekitaran jambatan berkenaan tetapi juga menjadikannya sebagai salah satu lagi tarikan baharu kepada pengunjung.

“Usaha ini juga bakal meningkatkan lagi tahap keselamatan pengguna yang melalui kawasan ini,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek berkenaan hari ini.

Kuong Hiing berkata, projek yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12) itu akan dikendalikan Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ) manakala rekabentuk pula dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sehubungan itu, beliau berharap pihak kontraktor menyiapkannya secepat mungkin sebelum penganjuran Pesta Limau pada Oktober depan.

“Kita juga sedang berusaha untuk memasang lebih banyak lampu jalan di laluan utama dan saya berharap, akan mendapat lebih banyak peruntukan bagi merealisasikan hasrat itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru