Sunday, October 2, 2022

Trak hilang kawalan, ngeri, trak hilang kawalan meluru ke arah ayah dan anak

Secara Rawak

Video cemas menunjukkan aksi pantas seorang bapa menyelamatkan bayinya dari dilanggar trak tular di media sosial baru-baru ini.

Klip video tersebut menunjukkan lelaki berdiri menahan anaknya yang berusia 1 tahun bertenggek di atas motosikal di tepi jalan.

Sesaat kemudian sebuah trak yang dipandu laju melanggar motosikal tersebut.

Dalam situasi mencemaskan itu, lelaki tersebut sempat mengangkat anaknya dari motosikalnya sekali gus mengelak kejadian yang tidak diingini dari berlaku.

Selepas menyerahkan anaknya kepada isteri, lelaki terbabit segera bersemuka dengan pemandu trak, mendakwa dia gagal mengawal kenderaannya.

Menurut goodnews_movement di Instagram, si ayah dan pemandu tersebut tidak membawa perkara ini kepada polis dan menyelesaikan hal tersebut secara baik…

Kedua-duanya bersyukur kerana tiada siapa yang cedera dalam kejadian mencemaskan itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru