Sunday, October 2, 2022

STU: Sokong pendidikan universiti percuma

Secara Rawak

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) sentiasa mengimpikan pendidikan tinggi percuma untuk rakyat Sarawak terutamanya bagi pelajar yang kurang bernasib baik kerana tidak perlu khuatir tentang yuran pengajian.

Presidennya Adam Prakash Sokong pendidikan universiti percuma Abdullah berkata, pihaknya mengalu-alukan pengumuman Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membantu pelajar agar mereka dapat menumpukan lebih perhatian kepada pelajaran.

“Katanya, cadangan ini dapat membantu ibu bapa terutamanya di Sarawak dalam memastikan anak-anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan lebih yakin pada masa hadapan.

“Saya agak optimis jika Kerajaan Sarawak menyediakan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi kerana setiap pelajar akan melakukan yang terbaik untuk memajukan diri mereka,” katanya kepada New Sarawak Tribune kelmarin.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya pendidikan menjadi percuma di peringkat pengajian tinggi maka setiap pelajar, sama ada di luar atau bandar akan bekerja keras dan merebut setiap peluang untuk mendapat tempat di universiti.

“Jurang antara pelajar luar bandar dan bandar juga turut akan menjadi lebih rapat,” tambahnya.

Justeru itu, kegagalan bukan lagi alasan bagi pelajar untuk tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana peluang ini dibuka kepada semua anakanak di Sarawak lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di luar bandar.

“Berkemungkinan akan ada yang berkata jika semuanya percuma maka akan ada pelajar yang tidak menghargainya.

“Namun terdapat keperluan untuk mempunyai sikap positif terhadap peluang baharu seperti pendidikan percuma,” katanya.

Hal ini kerana beliau percaya kualiti pendidikan akan sentiasa dipertahankan dan tidak dikompromi serta lebih ramai pelajar luar bandar akan cemerlang dalam pelajaran suatu hari nanti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru