Saturday, October 1, 2022

RM5.77 billion untuk bina, naik taraf sekolah, institusi pendidikan di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Bagi menjamin keselesaan dan kemudahan pendidikan generasi masa hadapan di negeri ini, Kerajaan  Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM5.77 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Peruntukan itu, menurut Perdana Menteri adalah bagi membangun dan menaik taraf sekolah dan institusi pendidikan di negeri ini

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada 409 buah projek pembangunan baharu dan sambungan, sebanyak 111 buah projek kini siap sepenuhnya.

“Manakala 109 buah projek di peringkat pelaksanaan atau pembinaan dan 189 buah projek berstatus prabina,” kata Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di sini, hari ini.

Perdana Menteri  berkata, sebanyak RM2.16 bilion turut disediakan bagi menaik taraf  dan embangunkan semula sekolah yang mempunyai bangunan daif.

“Sebanyak 203 buah projek telah siap, 68 buah projek di peringkat pembinaan manakala bakinya dalam peringkat prabina.” jelasnya

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru