Sunday, October 2, 2022

PM: RM4.09 bil sedia jalur lebar di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING:  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyatakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak komited menyediakan kemudahan jalur lebar yang menyeluruh  rakyat negeri ini menjelang 2030 demi manfaat mereka.

Jelas beliau, melalui Program Jalinan Digital Negara (JENDELA), kerajaan memperuntukan RM4.09 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Baru-baru ini, satelit kelapan negara, MEASAT-3d dengan kos sekitar RM1.2 bilion telah dilancarkan bagi meningkatkan kelajuan capaian internet sedia ada, sekaligus merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sarawak di sini hari ini.

Jelas Ismail Sabri lagi, ini ialah antara tanda keprihatinan dan inisiatif kerajaan kepada rakyat di negeri ini.

“Kerajaan berharap selepas ini tiada lagi Keluarga Malaysia yang terpaksa memanjat pokok atau berkhemah di atas bukit semata-mata mencari liputan internet,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru