Sunday, October 2, 2022

Pekerjaan sebagai pengutip sampah

Secara Rawak

KUCHING: Tanpa pemunggah atau pengutip sampah, bagaimakah agaknya keadaan di kawasan kediaman kita/

Hakikatnya pekerjaan  sebagai pengutip sampah harus dilihat dari sudut yang positif.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trinekens (Sarawak) Sdn Bhd Stephen Chin, kerja berkenaan adalah paling mulia.

“Tanpa pemunggah sampah, pekerja kebersihan atau penyapu bandar,  kita tidak akan mempunyai tempat tinggal yang bersih untuk didiami,’ katanya.

“Kita harus ingat bahawa mereka merupakan pekerja yang berintegriti, menjalani kehidupan yang jujur,” jelasnya.

“Kami menerima banyak kata-kata positif dan galakan daripada orang ramai tentang cara mereka menghargai kerja yang dilakukan oleh pasukan kami,” katanya.

“Alangkah baiknya jika liputan media juga dapat menonjolkan lebih banyak kisah positif berhubung [para pekerja serta industri sisa,” katanya lagi.

Beliau berharap masyarakat sama-sama dapat berganding bahu dalam memastikan kawasan kediaman dan bandar yang didiami bersih dan sihat.

“Kami juga berharap agar mereka terus kekal memainkan peranan sebagai rakyat yang bertanggungjawab terutama sekali dalam menjaga kebersihan persekitaran,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru