Sunday, October 2, 2022

11 kematian, 4,684 kes Covid-19

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata terdapat 4,684 kes baharu Covid-19 semalam.

Ini termasuk 84 kes baharu di Sarawak.

Tiga negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi ialah Selangor (2,164), Kuala lumpur (887) dan Perak (289).

Dengan itu, jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 4,705,824.

Kes aktif pula berjumlah 46,904, turun 2.7 peratus berbanding 14 hari lalu.

Sementara itu, KKM melaporkan 11 lagi kematian Covid-19 semalam sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 36,020 kes.

Lima kematian masing-masingnya direkodkan di Johor dan Selangor dan satu kematian di  Pulau Pinang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru