Thursday, August 18, 2022

UNIMAS sedia terima 14,000 pelajar

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bersedia menerima kemasukan 14,000 pelajar baharu ijazah sarjana muda secara fizikal pada Oktober depan.

Naib Canselor Unimas, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, pihaknya sudah membuat pelbagai persiapan dengan membaik pulih beberapa kemudahan di kawasan kampus.

“Antara kawasan terlibat adalah asrama, makmal, bilik kuliah, tempat makan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Ikrar Pelajar (MIP) di Dewan Tuanku Abdul Rahman (DeTAR Putra) di sini, semalam.

Bagaimanapun jelas Dr Kadim, terdapat beberapa program yang tidak menggunakan makmal ataupun bengkel seperti program pengurusan, maka sesi pembelajaran masih dilaksanakan secara hibrid.

Mengulas lanjut katanya, sebahagian pelajar program itu akan dibahagikan dengan sebilangan pelajar bakal menghadiri kelas secara fizikal dan berterusan sehingga satu masa yang sesuai.

“Insya-Allah Oktober nanti, dua program baharu akan diwujudkan iaitu agroteknologi (Sarjana Muda Sains Agroteknologi dengan Kepujian) khusus untuk membantu Kerajaan Sarawak dalam bidang pertanian moden.

“Manakala satu lagi program baharu adalah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian, sekali gus mewujudkan dua lagi fakulti baharu di Unimas,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru