Sunday, August 14, 2022

Tiada individu bawa kepala kanak-kanak  di dalam guni

Secara Rawak

BETONG: Ibu Pejabat Polis Daerah Betong menafikan kejadian terdapat dua individu membawa kepala kanak-kanak dalam guni yang telah ditangkap di daerah Betong.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP)  Betong Zamry Alli berkata, penyebaran gambar dan rakaman audio yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp beberapa hari lalu adalah tidak benar sama sekali.

“Pada 4 Ogos lalu, jam lebih kurang 11.30 pagi, pihak polis IPD Betong telah mengesan berita palsu ini di aplikasi WhatsApp dan media sosial Facebook sejak beberapa hari lalu.

“Sehubungan itu pihak polis Betong menafikan wujudnya kejadian ini di daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu katanya, orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih untuk mengelakkan kegusaran masyarakat.

Katanya adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana individu yang didapati memuat naik kandungan palsu di dalam media sosial

“Mereka ini boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Saya memohon masyarakat untuk tidak mempercayai cerita yang tidak betul dan hanya merujuk kepada Pihak Polis Daerah Betong,” jelasnya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru