Thursday, August 18, 2022

Siling runtuh, lelaki tetap santai tonton TV

Secara Rawak

Lelaki yang sedang menonton TV di ruang tamunya mendapati dirinya hampir tertimbus apabila siling bilik tersebut jatuh tanpa diduga.

Menarik perhatian ramai, selepas kejadian mengerunkan itu, lelaki tersebut tidak panik, malah penuh santai membersihkan serpihan dari matanya supaya dia boleh terus menonton televisyen.

Robert Gongora memberitahu Inside Edition dia tidak cedera apabila siling di atasnya runtuh ketika dia menonton TV.

Sistem hawa dingin yang bocor harus dipersalah atas runtuhan itu, kata Gongora sambil memberitahu dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beberapa saat sebelum runtuhan itu, anjing peliharaannya Gongora, Chuck, kelihatan gelisah dan terus meninggalkan ruang itu, tetapi Gongora sememangnya tidak perasaan tentang telatah anjingnya.

Selepas siling itu runtuh, Gongora tenang dan santai berdiri dan membersihkan dirinya dari serpihan tersebut.

Menurut Gongora dia mampu bersikap sedemikian selepas melalui pengalaman buruk ketika masih kecil.

Saya pernah hampir lemas semasa kecil dan dari pengalaman itu jika anda panik, ia akan memburukkan lagi keadaan,” katanya kepada Inside Edition.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru