Thursday, August 18, 2022

Segera siap semua projek untuk rakyat

Secara Rawak

DEBAK: Pelaksanaan empat projek menaik taraf prasarana di pekan ini yang berjumlah RM980,000 di bawah Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) 2020 amat-dinanti-nantikan oleh penduduk setempat.

Adun Saribas Mohd Razi Sitam berkata, pelaksanaan projek berkenaan sepatutnya bermula dua tahun lepas tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik Covid-19..

“Projek berkenaan adalah menaik taraf dua blok gerai dengan kos RM180,000 dan R M300,000, menaik taraf Padang Riveria (RM200,000), bina baharu tempat letak kereta (RM200,000) dan menaik taraf Taman Rekreasi Pekan Debak dengan kos RM100,000,” katanya.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti itu berkata demikian semasa ditemu bual selepas meninjau tapak cadangan bagi kesemua projek berkenaan di sini Khamis.

Beliau berharap semua projek tersebut disegerakan terutama projek bina baharu tempat parkir kenderaan dan menaik taraf gerai untuk keselesaan penduduk dan pengunjung yang datang ke Pekan Debak.

“Saya mohon agensi pelaksana yang diberi tanggungjawab untuk projek ini seperti pihak Majlis Daerah Betong dapat menjalankan segala proses yang berkaitan dengan projek ini secepat mungkin,” katanya.

Setiausaha Majlis Daerah Betong Charlie Keling dan Kaunselor Ahmad Pandoi turut hadir.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru