Thursday, August 18, 2022

Program Jualan Keluarga Malaysia diperluaskan ke semua Dun seluruh negara

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menambah baik Program Jualan Keluarga Malaysia (PKJM) 2.0 dengan melibatkan semua Dewan Undangan Negeri (Dun).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, PJKM sebelum ini melibatkan 222 parlimen diperluaskan ke 613 Dun seluruh negara.

Katanya, model tersebut diputuskan oleh kementeriannya memandangkan kerajaan prihatin terhadap pengguna khususnya rakyat yang berdepan kenaikan harga barang dan inflasi.

“PJKM 2.0 ini nanti kita bahagikan tanggungjawab kepada kementerian-kementerian yang lain.

“Ini melancarkan lagi dan memperhalusi kaedah kita dan efisiensinya sebab KPDNHEP sahaja mungkin tidak mampu adakan dengan kerap dan jumlah tempat yang kita hendak buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan tinjauan tapak PJKM Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, Dataran Perayaan, Jalan Stadium, di sini hari ini.

Nanta berkata, beberapa kementerian masing-masing telah diselaraskan untuk menerajui PJKM 2.0 di tiga buah negeri.

Jelasnya, ia membabitkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Asas Tani dan Industri Makanan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Sementara katanya, Wilayah Persekutuan akan diterajui oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

Manakala tanbahnya, KPDNHEP ditugaskan untuk menerajui PJKM 2.0 di Sarawak, Terengganu dan Johor.

Jelasnya, model sedemikian diperhalusi agar lebih ramai mendapat manfaat dari program tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru