Thursday, August 18, 2022

Penentu juara hoki petang esok di Betong

Secara Rawak

KUCHING: Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala SSC/PHS Zon Betong-Sarikei-Sri Aman 2022 akan melabuh tirainya petang esok.

Sekali gus, bakal diketahui pasukan yang akan bergelar juara edisi kali ini.

Pengerusi pengelola selaku Presiden Kelab Hoki Rentap Betong , Azmi Abdullah memberitahu, saingan akhir yang turut membabitkan beberapa kategori.

Menurut Azmi, lapan kategori dipertandingkan yang turut menghimpunkan 44 pasukan keseluruhan.

“”Saingan pusingan awal telah bermula pagi tadi dan pertembungan membabitkan semua pasukan terlibat cukup sengit,” ujar Azmi ketika mengulas mengenai perkara itu.

Katanya, saingan selama dua hari (Sabtu & Ahad) berlangsung di Stadium Mini Betong.

“Kita menjangkakan aksi akhir yang melibatkan pasukan pilihan petang esok pasti rancak kerana masing-masing mahu memahat sejarah untuk memburu gelaran juara,” tambah beliau lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru