Sunday, August 14, 2022

Nurul Izzah  Anwar berkahwin dengan pengkaji

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Nurul Izzah Anwar, anak sulung Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim  mendirikan rumah tangga dengan seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.

Naib Presiden PKR itu berkongsi perkembangan terkini dirinya melalui dalam kemas kini terbaharu tengah malam tadi di Facebook.

“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat,” jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

“Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” katanya.

Nurul itu bercerai dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada 2015. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru