Thursday, August 18, 2022

Lelaki tempatan bawa senapang angin ditahan polis

Secara Rawak

JULAU: Seorang lelaki tempatan yang membawa senapang angin buatan sendiri tanpa lesen ditahan oleh pihak polis di hadapan sebuah rumah panjang di Pakan, dekat sini, pada pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Andam Sulin berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan menerusi Op Laras yang dilancarkan pihaknya pada pukul 10.30 pagi.

Ujarnya lagi , polis turut memeriksa kereta Proton Wira berwarna putih yang dipandu suspek dan menemui selaras senapang angin dipercayai buatan sendiri yang disimpan dalam bonet kereta.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku senapang itu miliknya yang digunakan untuk tujuan memburu haiwan di kawasan hutan berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tanpa lesen atau permit,” katanya menerusi satu kenyataan.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak kurang tujuh tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000.00, atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, pihak polis ingin menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana- mana pihak yang memiliki senjata api tanpa lesen atau permit yang sah lebih- lebih lagi kepada pihak yang memiliki senjata buatan sendiri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru