Thursday, August 18, 2022

Lebih 19,000 pengunjung meski hujan sepanjang hari

Secara Rawak

KUCHING: Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sarawak menarik lebih 19,000 pengunjung pada hari pertama semalam meskipun hujan hampir sepanjang hari.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Sri Fadillah Yusof berkata, ini menunjukkan sambutan baik warga Sarawak terhadap program itu yang berlangsung di Dataran Perayaan Petra Jaya di sini dari 5 hingga 7 Ogos.

“Kita harapkan lebih ramai pengunjung hadir hari ini kerana hujung minggu selain keadaan cuaca juga lebih baik.

“Jadi orang Sarawak terutamanya yang tinggal di sekitar Kuching boleh datang beramai-ramai kerana banyak informasi mengenai program dan bantuan kerajaan ada di sini termasuk jualan murah,” katanya selepas membuat tinjauan ke pameran Jelajah AKM Sarawak di sini hari ini seperti dilapor TVS.

Terdahulu, Fadillah turut mengetuai program Fun Ride Penjawat Awam di sekitar bandar raya ini  sempena jelajah berkenaan yang disertai 100 penjawat awam.

Jelajah AKM ini berkonsepkan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dengan menggambarkan keutuhan negara yang terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sebuah keluarga, selain frasa Keluarga Malaysia itu disifatkan lebih inklusif kerana merentasi sempadan agama dan bangsa.

Sepanjang tiga hari Jelajah AKM edisi Sarawak yang bermula semalam, pelbagai acara dan aktiviti disediakan dengan penglibatan 28 agensi perkhidmatan awam yang menyediakan pelbagai bantuan dan perkhidmatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru