Friday, August 19, 2022

Kanak-kanak 10 tahun dikhuatiri lemas di Kapit

Secara Rawak

KAPIT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, Jenggut Antas dikhuatiri lemas apabila bot panjang yang dinaiki bersama keluarganya terbalik selepas bertembung dengan sebuah kapal tongkang di Wharf Batu, Seberang Pekan Kapit, pagi semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kapit, Timothy Barat, ketika kejadian empat sekeluarga itu dalam perjalanan ke Pekan Kapit.

“Enjin sangkut mereka tiba-tiba rosak menyebabkan ia hanyut dan kemudian melanggar sebuah kapal tongkang yang berlabuh di tebing sungai, katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, ketika bot yang dinaiki keluarga terbabit terbalik, tiga daripada mereka, ibu bapa dan adik-beradik mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa dihanyutkan arus deras.

“Kesemua mereka tahu berenang, tetapi disebabkan arus deras, mangsa dihanyutkan, tambahnya sambil menasihati mereka yang menaiki bot supaya memakai jaket keselamatan demi keselamatan mereka.

Susulan insiden tersebut, anggota bomba telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki terbabit.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru