Thursday, August 18, 2022

Judi atas talian: Wanita dari  didenda RM10,000

Secara Rawak

KUCHING: Akibat melakukan aktiviti perjudian tambah nilai dalam talian, seorang wanita tempatan dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh Catherine, 28, berasal dari Debak, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapannya.

Menurut pertuduhan, dia melakukan kesalahan tersebut menggunakan sebuah telefon pintar di sebuah kedai runcit mini di Taman Sri Sarawak, di sini, sekitar jam 4.25 petang, 25 Julai lalu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak telah membuat serbuan di sebuah kedai runcit mini di Taman Sri Sarawak selepas mengesyaki terdapat aktiviti judi dalam talian menggunakan aplikasi dalam telefon pintar.

Semasa pemeriksaan, pihak polis menahan seorang wanita yang duduk di kaunter premis dan merampas sebuah telefon bimbit, dan 41 keping wang tunai berjumlah RM277.

Hasil siasatan dan laporan pakar judi mengesahkan telefon pintar yang dirampas milik tertuduh digunakan sebagai mesin judi, seperti yang dinyatakan di bawah tafsiran Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru