Thursday, August 18, 2022

Amaran hujan berterusan, Jawatankuasa pengurusan bencana S’wak diaktifkan

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah – meningkatkan kesiapsiagaan sesuai amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berkaitan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning).

Di Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumklan amaran itu dikeluarkan MET Malaysia untuk Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Amaran turut dikeluarkan untuk Sabah.

Nadma melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru