Wednesday, August 17, 2022

3.927 kes, enam kematian Covid-19

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 3,927 kes baharu Covid-19  semalam, termasuk 99 kes di Sarawak.

Dengan pertambahan kes baharu itu, kini jumlah keseluruhan jangkitan ialah 4,701,140 kes.

Sementara itu, terdapat enam lagi kematian Covid-19  direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 36,009 kes.

 Kedah  merekodkan 2 kes, Negeri Sembilan (2), Melaka (1) dan Kuala Lumpur (1).

Kini terdapat 1,587 kes dimasukkan ke hospital, dan 52 kes di unit rawatan rapi. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru