Thursday, August 18, 2022

150 penjawat awam sertai Fun Ride 8.6 km 

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 150 orang penjawat awam menyertai Program ‘Fun Ride’ sepanjang 8.6 kilometer (km) sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Padang Merdeka, di sini, hari ini.

Program kayuhan ini merupakan salah satu pengisian yang diadakan bagi mengukuhkan lagi perpaduan, khususnya dalam kalangan penjawat awam di Malaysia.

Aktiviti yang bermula jam 7 pagi itu dimulakan dengan beberapa taklimat ringkas dan senaman ringan sebelum memulakan acara utama (berbasikal).

Tepat 7.15 pagi, semua peserta diketuai Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Seri Mohamad Abu Bakar Marzuki berlepas menuju ke perhentian pertama iaitu di Kompleks Sukan Satok.

Di lokasi tersebut, satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan dengan mengagihkan bakul makanan kepada penduduk tempatan.

Seterusnya, aktiviti berbasikal diteruskan sehingga ke perhentian kedua iaitu di Tebingan Kuching.

Sumbangan turut disampaikan di sini kepada pengusaha perahu tambang dan kemudiaannya melekat satu pelekat ‘Keluarga Malaysia’ di perahu tambang tersebut.

Acara kayuhan tersebut tamat di Padang Merdeka.

Sementara, Adun Satok Datuk Ibrahim Baki turut hadir untuk melakukan sesi pelepasan bagi acara kayuhan tersebut.

Hadir sama Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan lain-lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru