Sunday, August 7, 2022

Wanita hilang bedekatan rumah panjang ditemukan anjing pengesan

Secara Rawak

BETONG: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu selepas tersesat di hutan berhampiran Rumah Panjang Melanjan ditemukan oleh seekor anjing pengesan Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bernama Daisy.

Ketua Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi mengesahkan, Singar Dunggau, 75 tahun dari Rumah Panjang Rokayah, Melanjan Spak ditemui kira-kira 3.15 petang.

Menurutnya, mangsa dijumpai oleh Daisy bersama-sama pegawainya, PB Dominic Bahong dekat kawasan cerun bukit kira-kira 300 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB).

“Mangsa dijumpai selamat, namun dalam keadaan lemah dan mengalami sedikit calar pada bahagian badan,” katanya di sini, pada Khamis.

Jelasnya, mangsa diusung keluar dan diberikan rawatan awal oleh Unit EMRS Betong sebelum dihantar ke Hospital Betong untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi SAR kemudian ditamatkan pada 4 petang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru