Thursday, August 18, 2022

Perang sampah haram bermula

Secara Rawak

KUCHING: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) bekerjasama dengan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dalam menjadikan Kota Samarahan sebagai kawasan yang bersih, selamat dan hijau.

Pengerusi MPKS Datuk Peter Minos berkata, kerjasama itu memfokuskan kepada sifat edukatif dan merupakan salah satu matlamat pembangunan mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjadikan tempat bersih dan selamat kepada manusia.

“Bahagian edukatif akan disokong dengan demonstrasi gotong-royong atau kerja komunal dan ceramah mengenai kebersihan di dalam dan luar rumah.

“ MPKS akan menganjurkan ceramah dan kerja komunal manakala Unimas akan membantu dalam pencarian sukarelawan pelajar,” katanya.

MPKS katanya  akan berada di Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk mendidik penduduk di Kota Samarahan mengenai isu pengurusan sampah dan kebersihan.

“‘Perang’ akan dimulakan untuk memerangi pembuangan sampah secara haram di jalan raya, longkang, sungai dan di kawasan lapang.

“Pesalah akan dikenakan tindakan agar mereka dapat membuka minda dan mata mereka tentang kesalahan sekiranya membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya,” katanya lagi.

Pada program itu, Minos juga memuji universiti tempatan iaitu Unimas dan UiTM kerana telah bekerjasama dengan majlis tempatan dalam program Kebersihan dan Kehijauan.

“Apabila budaya bersih diterima pakai dan diserap dalam minda rakyat, hal tersebut akan memberikan kesan yang baik kepada bandar ini agar sentiasa kemas dan bersih supaya mudah untuk mencapai SDG PBB,” tambahnya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru