Thursday, August 18, 2022

Pengambilan penempatan pekerja Indonesia di Sarawak dipantau

Secara Rawak

KUCHING:  Satu sistem yang lebih berkesan dan maju akan dilaksanakan dalam pengambilan dan penempatan pekerja Indonesia di negeri ini, kata Konsul Jeneral Republik Indonesia.

Menurut Raden Sigit Witjaksono, sistem bersepadu itu adalah bagi memantau rakyatnya yang bekerja di Sarawak dari arus utama hingga ke hiliran khususnya berkaitan dokumentasi.

“Salah satu cabaran yang dihadapi di sini adalah kita mempunyai ramai warga Indonesia yang mempunyai masalah berkaitan dengan dokumentasi,” jelasnya dalam pertemuan, semalam.

“Ada daripada mereka langsung tidak mempunyai dokumen, dan jika ada pun, ia sudah tamat tempoh,’ katanya.

Dalam keadaan demikian, jelas beliau, sukar bagi pihaknya untuk menguruskan mereka apabila berlaku kejadian yang tidak dijangka seperti kemalangan.

“Ini adalah kerana  apabila kami menyemak data, maklumat berkenaan pekerja berkenaan tidak ada,” jelasnya.

Menurut beliau,  satu sistem sistematik perlu bagi memastikan setiap warga Indonesia yang masuk ke Sarawak, tidak kira pekerja, pelancong atau pelajar, mempunyai dokumentasi yang lengkap,” katanya lagi.

“Tanpa dokumentasi ia bukan sahaja menyukarkan individu terbabit, tetapi juga majikan, selain agensi berkaitan seperti polis, imigresen dan pihak Konsulat Indonesia untuk menguruskan isu berkenaan,” ujarnya.

“Dokumen berkenaan amat penting khususnya pabila menguruskan penghantaran mereka pulang ke Indonesia,” katanya.

Untuk rekod, ada warga Indonesia yang memasuki negeri ini sebagai pendatang asing tanpa izin (Pati) melalui jalan tikus di sempadan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru