Thursday, August 18, 2022

Padah simbah cat di pagar rumah, pemuda terima padah

Secara Rawak

KUCHING: Seorang pemuda dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara satu bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyimbah cat berwarna putih kelabu di sebuah rumah di bandar  ini bulan lalu.

Tertuduh Eirzan, 26, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa telah melakukan khianat merosakkan pagar rumah milik mangsa Tan Sheng, 34, dengan menyimbah cat berwarna putih kelabu hingga menyebabkan kerugian RM200.

Tertuduh telah melakukan perbuatan itu di Taman Matang Jaya PH23, Jalan Matang, di sini, sekitar jam 4 petang, 10 Julai lepas.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pengadu telah membuat laporan polis kerana rumahnya telah dikunci oleh orang yang tidak dikenali.

Selain itu, mangsa juga telah menerima panggilan telefon dari jirannya bahawa rumah dia telah di simbah menggunakan cat warna putih kelabu.

Semasa pengadu sampai dirumah mendapati tangga rumahnya telah disimbah dengan cat terbabit selain daripada menerima notis untuk dia melangsaikan hutang.

Namun demikian, tertuduh tidak pernah berhutang dengan sesiapa dan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Pada 18 Jun lalu, pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Padawan berjaya menahan tertuduh di Pekarangan Balai Polis Kota Samarahan.

Hasil siasatan, mendapati tertuduh telah menyimbah cat di pagar tangga rumah mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru