Thursday, August 18, 2022

Lapan kematian, 4,413 kes Covid-19

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 4,413 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam.

Ini katanya menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,697,213.

Jumlah kes aktif sebanyak 47,534,turun 2.3 peratus  berbanding 14 hari lalu.

Sementaras itu, sebanyak lapan lagi kematian  turut dilaporkan, dengan empat orang meninggal dunia di luar hospital (BID).

Johor merekodkan (2) kematian, Kedah (2) manakala Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Sabah dan masing-masing satu kematian.

Dengan itu, sebanyak 36,003 kematian direkodkan  sejak virus maut itu dikesan pada Mac 2020 di negara ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru