Thursday, August 18, 2022

Jiran hantar surat berbentuk komik mengadu salakan anjing pemiliknya

Secara Rawak

Seorang lelaki menemui cara inovatif untuk mengadu kepada jirannya gara-gara tindakan mereka yang membiarkan anjing peliharaan ya menyalak sepanjang waktu siang dan malam.

Aduan itu disiarkan dalam bentuk surat ala-ala komik oleh lelaki tersebut.

Semua foto dalam komik itu diberi tanda hijau, kecuali yang menunjukkan seekor anjing menyalak di luar.

Ia ditandakan dengan warna merah.

Lukisan itu menunjukkan seekor anjing kencing, buang air besar dan bermain di luar rumah serta dibawa masuk semula ke dalam rumah oleh pemiliknya.

Dalam surat jalur komik buatan tangan itu, lelaki itu memberi amaran kepada jiran bahawa dia mungkin menghubungi polis jika perkara itu berlarutan.

Surat itu juga termasuk petikan daripada undang-undang berkaitan anjing, yang menyatakan pemilik boleh didenda kerana sikap sambil lewa mereka.

Komik tersebut dikongsi secara meluas di platform media sosial Reddit dengan kapsyen: “Sepucuk surat yang ditinggalkan jiran saya di peti mel jirannya yang lain kerana masalah anjing menyalak.”

Ramai netizen memuji kreativiti lelaki itu dan memuji lukisannya, sambil berkongsi kisah mereka yang serupa berkaitan anjing jiran masing-masing.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru