Thursday, August 18, 2022

Isu pemindahan anggota polis, kuasa hanya pada Bukit Aman

Secara Rawak

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri menegaskan, keputusan untuk menolak pemindahan anggota polis bermasalah disiplin ke Sarawak adalah bergantung kepada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Menurutnya, setakat ini pihaknya (Polis Sarawak) tidak menerima sebarang maklum balas mengenai isu terbabit daripada pucuk pimpinan PDRM.

“Perkara itu kita dah rujuk kepada Bukit Aman dan sebarang keputusan akan ditentukan oleh Bukit Aman.

“Kita (Polis Sarawak) sudah pun menyatakan status isu itu kepada Kerajaan Sarawak semalam (3 Ogos),” katanya ketika diminta mengulas sama ada Polis Sarawak boleh menolak pemindahan anggota polis bermasalah berdisiplin di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada Khamis

Terdahulu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak menyatakan bahawa pucuk pimpinan PDRM akan mengkaji semula keputusan menukarkan sembilan anggota polis yang terlibat siasatan kes peras ugut seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor ke Sabah dan Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru