KUCHING: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin berjaya meraih pingat emas keempat Malaysia pada hari ketujuh Sukan Komanwel 2022 pada Khamis sekali gus menyaksikan kem Malaysia kini mengutip keseluruhan empat emas, dua perak dan tiga gangsa .
Menurut laman web rasmi Sukan Komanwel Birmingham 2022, beliau mencipta rekod baharu kejohanan selepas melakukan tiga angkatan.
Pada percubaan pertama, atlet kelahiran Sarawak berusia 23 tahun itu berjaya melakukan angkatan 210, diikuti 216 dan menamatkan dengan 220 untuk memungut mata keseluruhan 154.6 kg.
Beliau yang merangkul pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2022 itu meninggalkan atlet tuan rumah, Mark Swan memenangi pingat perak selepas melakukan catatan keseluruhan 145.5 kg.
Atlet Nigeria, Innocent Nnamdi memenangi pingat gangsa dengan catatan 132.5 kg.