Thursday, August 18, 2022

Bedah hidung sendiri, lelaki dikejarkan ke hospital

Secara Rawak

SAO PAOLO: Seorang lelaki berakhir di bilik kecemasan pada minggu lalu, selepas cuba melakukan pembedahan hidung atau rhinoplasty pada dirinya sendiri, menggunakan tutorial YouTube dan gam pelekat, lapor Oddity Central.

Pelbagai jenis “tutorial DIY” boleh ditemui di YouTube ketika ini, termasuk pembedahan hidung.

Lelaki dari Sao Paolo ini dilapor cuba melakukan pembedahan hidungnya sendiri menggunakan video tersebut dan akhirnya terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Campo Limpo selepas luka di hidungnya terkena jangkitan.

Lelaki itu memberitahu doktor dia tidak menggunakan sarung tangan melakukan prosedur terbabit dan tidak membersihkan luka kerana tidak mahu membuka jahitannya.

Menurutnya lagi dia menggunakan alkohol untuk membersih kuman di kawasan itu, dan anestetik veterinar untuk menghilangkan rasa sakit.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru