Thursday, August 18, 2022

141 jemaah haji musim 1443H/ 2022M selamat pulang

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 141 orang jemaah haji untuk musim haji 1443H/ 2022M selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) sekitar jam 5.25 petang semalam.

Kesemua jemaah pertama haji Sarawak KT32Q itu dilaporkan selamat tiba dengan penerbangan menaiki pesawat MH8588.

Ketibaan para jemaah di lapangan terbangan KIA telah disambut oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Abdul Rahman Junaidi serta tetamu kehormat yang lain.

Ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Sarawak ini disambut oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Beliau telah hadir bersama Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar, Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, Pengarah Wilayah TH Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said, Pengarah Negeri Tabung Haji Sarawak, Amat Kassim Pait dan Pengarah JAKIM Sarawak, Hamdan Jar’ee.

Abdul Rahman turut mengucapkan tahniah kepada pihak Tabung Haji yang dapat menguruskan sepenuhnya urusan berkaitan ibadah haji kesemua jemaah dari Sarawak pada tahun ini.

“Bersyukur kerana mereka telah pergi dan kembali dalam keadaan kesihatan yang baik.

“Pada tahun ini, seramai 397 orang jemaah haji secara keseluruhannya dari Sarawak telah ke Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam kelima.

“141 telah selamat tiba semalam, selebihnya akan tiba di Kuching pada petang nanti (5 Ogos),” ujarnya.

Terdahulu, ketibaan para jemaah disusuli dengan bacaan doa selamat oleh Imam Besar Negeri, Sahibul Fadhillah Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru