Thursday, August 18, 2022

Zuhdi: Pendekatan politik DAP amat berbahaya

Secara Rawak

KUCHING: Pendekatan politik DAP yang melakukan amalan ‘pecah dan perintah’ sangat berbahaya kepada integrasi nasional dan perpaduan kaum.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, Dr Mohd Zuhdi Marsuki, DAP berusaha supaya kaum bumiputera tidak bersatu, kerana jika mereka bersatu DAP terlalu sukar untuk menguasai kerajaan.

“Lim Kit Siang sendiri sering melakukan provokasi dengan membangkitkan isu-isu sensitif Islam dan Melayu, supaya umat Islam bertindak balas secara keras. Tindak balas umat Islam secara keras ini dijadikan modal oleh Kit Siang, bahawa masyarakat bukan-Islam terancam di negara ini,”  katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, selepas PRU ke-12 tahun 2008, DAP mula mendapat sokongan besar kaum Cina antaranya hasil dari pendekatan politik provokasi yang bertujuan menakut-nakutkan kaum Cina dengan Islam dan Melayu.

“Meskipun selepas PRU tersebut, PAS telah kembali bekerjasama dengan DAP dalam PR, DAP tetap terus melakukan politik provokasi antaranya membangkitkan isu Enakmen Jenayah Syariah II negeri Kelantan dan juga isu Oktoberfest,” katanya.

Akibatnya ujar beliau,  hubungan PAS dan DAP sejak wujudnya PR sentiasa tegang dan berakhir pada tahun 2015.

Semenytara itu, beliau berkata, pertaruhan Kit Siang dalam memainkan isu Oktoberfest ini sangat berisiko, ia boleh menjejaskan keharmonian kaum di Malaysia.

“Saya yakin Kit Siang menyedari risiko tindakan beliau mengeksploitasikan isu Oktoberfest ini. Bagaimanapun, seperti yang pernah dilakukan oleh beliau sebelum-sebelum ini, risiko sehingga boleh menjejaskan keharmonian kaum ini tidak dipedulikan oleh Kit Siang,” tegasnya.

“Yang penting bagi Kit Siang pendekatan politik provokasi ini boleh memenangkan DAP dan PH. Karakter seperti ini adalah karakter golongan yang jahil bertindih-tindih,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru