Sunday, August 7, 2022

Ketegangan Selat Taiwan: Indonesia zahirkan kebimbangan

Secara Rawak

JAKARTA: Indonesia menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan persaingan antara kuasa-kuasa besar selepas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi melawat Taiwan.

Jurucakap Kementerian Luar Teuku Faizasyah berkata perkembangan situasi terkini memberi implikasi serius terhadap keamanan dan kestabilan serantau jika tidak diurus dengan baik.

“Indonesia menyeru semua pihak supaya tidak melakukan sebarang tindakan provokasi yang mungkin memburukkan lagi keadaan,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik Bernama.

Menurut Faizasyah, dunia memerlukan kebijaksanaan dan tanggungjawab semua pemimpin demi memastikan keamanan dan kestabilan terus terpelihara.

Indonesia juga terus menghormati dasar ‘Satu China’, katanya.

Pelosi tiba pada Selasa, sekali gus menjadikan beliau pegawai tertinggi AS pertama melawat Taiwan dalam tempoh 25 tahun.

Bagaimanapun, China membantah sekeras-kerasnya lawatan Pelosi.

Media melaporkan Beijing telah memulakan latihan ketenteraan di perairan utara, barat daya dan tenggara Taiwan.

Sementara itu, Thailand menggesa semua pihak mengelak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan menyelesaikan perselisihan secara aman susulan  ketegangan yang memuncak di selat Taiwan selepas lawatan Pelosi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru