Thursday, August 18, 2022

EduSamarahan FC memburu gelaran juara

Secara Rawak

KUCHING: Skuad serba mantap, EduSamarahan FC siap sedia berdepan PGA (BN 11) FC pada aksi final Kejohanan Bola Sepak Liga Piala Ketua Polis Daerah Kota Samarahan 2022 yang akan berlangsung di Stadium Mini Unimas, Kota Samarahan petang esok.

Sekali gus, bermula misi pemburuan gelaran juara buat barisan tenaga pendidik untuk musim ini.

Pengurus Pasukan, Abdul Muhtalip Tegak memberitahu, misi utama pasukannya berazam mencetak kemenangan bagi memastikan gelaran juara dapat diperoleh.

“Ia bukan satu tugas yang mudah buat kami kerana sedar tekanan bakal dihadapi daripada pemain pasukan lawan sepanjang perlawanan sebenar nanti.

“Namun, saya percaya semua pemain sudah bersedia kearah itu dan mahu mencipta sejarah tersendiri,” ujar Muhtalip kepada Arena Suara Sarawak.

Tegasnya, persiapan rapi dilakukan pemainnya sepanjang tempoh rehat yang ada. Malah, masa yang ada turut dipergunakan untuk memperkemas jentera segenap posisi.

“Diharap pemain dapat menterjemah dengan sempurna strategi yang akan diguna pakai pada perlawanan petang esok.

Kami tahu pasukan lawan juga tidak kurang hebatnya, dibarisi ramai pemain berpengalaman,” tambah Muhtalip.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru