Thursday, August 18, 2022

Dengar cakap ibu, pengantin lelaki tinggalkan pasangan pada majlis kahwin kerana…

Secara Rawak

Pengantin lelaki menerima kecaman pelbagai pihak selepas meninggalkan bakal isterinya pada hari perkahwinan mereka gara-gara terlalu mendengar kata-kata ibunya.

Ibu lelaki tersebut dikatakan menghentikan majlis perkahwinan mereka dengan alasan bakal menantu perempuannya terlalu pendek dan tidak cantik.

Menurut laporan media tempatan, sehingga majlis itu, ibu pengantin lelaki hanya melihat gambar bakal pengantin perempuannya dan mereka tidak pernah bersemuka.

Namun, sebaik sahaja melihatnya secara bersemuka, dia dilapor mengarahkan anaknya menghentikan perkahwinan itu kerana pengantin perempuannya dianggap terlalu “pendek” dan “hodoh”.

Foto serta video yang diambil semasa majlis itu bermula menunjukkan pengantin perempuan bernama Lamia al-Labawi tersenyum sambil memakai gaun pengantinnya, manakala tunangnya kelihatan segak dalam sut makan malam.

Pengantin lelaki mengelap dahinya dan wajahnya nampak gelisah.

Selepas ditinggalkan dalam keadaan memalukan Lamia menceritakan kisahnya dan mencurahkan isi hatinya di media sosial.

Menurut Lamia dia anak yatim piatu dan persiapan untuk perkahwinan itu telah menelan belanja yang banyak.

Dia juga mendakwa masih terkejut dengan penolakan itu dan masih sukar untuknya bertentang mata dengan orang ramai dan mendengar komen mereka.

Berikutan pengalaman pahit itu, pengguna media sosial menawarkan sokongan dan mengkritik bekas tunangnya yang digelar “anak emak” sebagai bukan “lelaki sejati”.

Terharu dengan limpahan sokongan terhadapnya, Lamia al-Labawi baru-baru ini mengeluarkan video mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas kata-kata semangat mereka.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru