Thursday, August 18, 2022

Belasah remaja hingga mati: 12 orang dìtahan

Secara Rawak

KUCHING: Sembilan lelaki dan tiga perempuan tempatan berumur dalam lingkungan 14 sehingga 50 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes belasah hingga mati.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata tangkapan pertama melibatkan dua lelaki warga tempatan berumur 43 dan 50 tahun.

“Kedua-dua warga tempatan itu diluluskan reman oleh Majistret Kuching selama tujuh hari sehingga 5 ogos 2022,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tangkapan kedua melibatkan seorang lelaki, 17, dan perempuan, 16, dan telah diluluskan reman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos ini.

Manakala, seorang lelaki, 21, berjaya ditahan menerusi tangkapan ketiga dengan reman selama tujuh hari dikenakan sehingga 7 Ogos.

Tangkapan keempat pula berjaya menahan tiga lelaki dan seorang perempuan dalam lingkungan 15 hingga 21 tahun dengan reman sehingga 8 Ogos ini.

Pada 2 Ogos lalu, dua lelaki dan seorang perempuan berumur dalam lingkungan 14 sehingga 19 tahun turut direman sehingga 10 Ogos ini.

“Semua kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

“Pihak polis akan merujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Terdahulu, seorang remaja lelaki, 18, disahkan meninggal dunia apabila dibelasah secara beramai-ramai dalam satu kejadian di Jalan Tun Jugah sekitar jam 1 pagi, 28 Julai lalu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru