Monday, August 8, 2022

Mahathir: Jika anak saya jadi jutawan, sila beri bukti

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencabar bekas Peguam Negara  (A.G) Tan Sri Apandi Ali untuk membuktikan bahawa anaknya menjadi jutawan ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Apandi telah mengemukakan empat soalan kepada Dr Mahathir mengenai empat perkara.

Ini termasuk “Dalam dunia ini, mana lagi ada seorang Perdana Menteri yang mana anak-anak mereka menjadi jutawan?”

Ahli Parlimen Langkawi itu mahu Apandi memberi bukti yang anak-anaknya menjadi jutawan semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

“Sebenarnya anak-anak saya tidak pun dibenar berniaga dengan kerajaan atau menyertai parti politik,” kata  Dr Mahathir dalam satu kenyataan.

“Jika ada anak saya jadi jutawan sila beri bukti akan tarikh gelaran ini diberi kepada mereka, serta bukti kejutaan mereka,” katanya lagi.

Mahathir menegaskan, jika tidak ada bukti beliau anggap kenyataan Apandi itu sebagai fitnah, dan beliau berhak bertindak mengikut undang-undang.

Beliau sebenarnya memberi respons terhadap empat soalan yang dikemukakan Apandi di Facebook bulan lalu, termasuk kes Pulau Batu Putih, tuntutan Sulu, dan pemecatan beliau sebagai Ketua Hakim.

Mengenai kes tuntutan waris Sulu, Mahathir menyatakan tuntutan oleh pewaris Kesultanan Sabah dibuat apabila Malaysia memberhentikan bayaran tiap-tiap tahun kononnya kerana serangan  orang Sulu ke atas Lahad Datu pada 2013.

“Semasa bayaran diteruskan mengikut perjanjian tidak ada masalah dengan pewaris,” katanya.

“Tuntutan oleh pewaris Sultan Sulu dibuat semasa pemerintahan kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak. 

“Kerajaan BN tidak bertindak untuk menolak jurisdiction (kuasa undangan) mahkamah Sepanyol atau membayar balik bayaran yang telah dihentikan, “ katanya lagi.

“Tidak ada bukti bahawa tindakan Najib  telah dipersetujui oleh A.G pada masa itu atau Kabinet. Najib bertindak tanpa mengikut proses pentadbiran,” tegas Mahathir lagi. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru