Monday, August 8, 2022

Kembar bercantum kepala dibedah 33 jam, libatkan 100 staf

Secara Rawak

RIO DE JANEIRO: Kembar Brazil yang bercantum di kepala berjaya dipisahkan dengan bantuan pakar bedah saraf British.

Bernardo dan Arthur Lima, 3, melalui tujuh prosedur pembedahan, mengambil masa lebih 33 jam bagi pembedahan terakhir mereka melibatkan hampir 100 kakitangan perubatan.

Sebelum itu, pakar bedah di London dan Rio menggunakan masa berbulan-bulan menguji teknik menggunakan unjuran realiti maya berdasarkan imbasan CT dan MRI sesuatu yang disifatkan oleh Ketua Pakar Bedah Saraf Hospital Great Ormond Street, Doktor Noor ul Owase Jeelani sebagai “kes era angkasa”.

Beliau berkata, buat pertama kalinya di dunia, pakar bedah di negara berasingan memakai set kepala dan melakukan latihan pembedahan di “bilik realiti maya” secara bersama.

Pasangan itu menjalani pembedahan di Instituto Estadual do Cerebro Paulo Niemeyer, Rio de Janeiro dilakukan pasukan bedah diketuai oleh Doktor Jeelani dan Doktor Gabriel Mufarrej, ketua pakar bedah pediatrik hospital tersebut.

Kos pembedahan juga disumbang oleh badan kebajikan yang diasas oleh Doktor Jeelani sendiri, Gemini Untwined.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru