Wednesday, August 17, 2022

Wanita lawan perompak bersenjata pisau hanya guna kain pengelap habuk

Secara Rawak

DEVENTER: Pembuat roti menarik perhatian ramai kerana keberaniannya melawan perompak bersenjata pisau dengan hanya menggunakan ‘safai kapda’ atau kain pengelap habuk di Deventer, Belanda baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku di Mevlana Bakery di Deventer.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Latife Peker, berada di belakang kaunter dan membersih cermin di kedai roti anaknya apabila perompak bersenjata memakai hoodie memasuki kedai dan terus menghampiri mesin wang.

 

Latife bagaimanapun tidak gentar dan bertindak menghalau perompak itu memukulnya menggunakan kain pengelap habuk.

Video kejadian itu dikongsi di Twitter oleh pengguna bernama Tansu Yegen dengan kapsyen berbunyi “Latife Peker pembuat roti Turki di Belanda, guna kain pembersih habuk mempertahankan diri; jangan pandang rendah kehebatan ‘safai kapda’.”

Dalam video tersebut Latife juga cuba menolak pencuri tersebut menghalangnya mencuri wang.

Sementara itu, seorang lelaki yang melintas di hadapan kedai tersebut secara kebetulan melihat insiden mencemaskan tersebut segera meluru masuk untuk membantu Latife.

Pencuri itu segera melarikan diri selepas melihatnya masuk.

Netizen memuji wanita itu atas keberaniannya dan tidak mengalah biarpun dengan hanya bersenjatakan kain pembersih habuk.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru