Monday, August 8, 2022

Wanita ditangkap disyaki jalankan judi online

Secara Rawak

BAU: Seorang wanita ditahan disyaki menjalankan kegiatan perjudian dalam talian, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek, 21, ditahan di premis kedai serbaneka tidak bernombor, Pekan Tondong, Bau, kira-kira jam 2.45 petang.

“Serbuan dilakukan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau menerusi Op Dadu Khas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, turut dirampas, seunit telefon bimbit, sekeping kad sim dan wang tunai.

Katanya, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara jika sabit kesalahan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru