Wednesday, August 17, 2022

Wanita bermisai

Secara Rawak

KERALA: Seorang wanita dari daerah Kannur di Kerala dilapor mempamerkan misainya kepada orang ramai selama bertahun-tahun dengan penuh rasa bangga.

Malah, dia tidak mempunyai rancangan membuangnya walaupun sering dinasihatkan berbuat demikian.

Wanita berusia 35 tahun itu, yang dikenali sebagai Shyja membiarkan bulu nipis di atas bibinya itu tumbuh secara semula jadi dan akhirnya menjadi misai.

Misai luar biasa tersebut menyebabkan dia begitu teruja dengannya dan kini menjadi sebahagian daripada hidupnya yang dia kekalkan tanpa penyesalan.

Dia memberitahu Onmanorama bahawa orang sering mengejeknya kerana penampilannya, namun Shyja tetap tidak membuangnya kerana dia sudah jatuh cinta dengannya.

Menurut Shyja, suami dan ahli keluarganya juga tidak membantah hasratnya menyimpn misainya dan tidak kisah dengan perkara yang orang lain katakan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru