Tuesday, September 27, 2022

Sarawak sasar 200,000 pelancong dari Brunei

Secara Rawak

MIRI: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak menyasarkan kemasukan 200,000 pelancong dari Brunei ke negeri ini dalam tempoh lima bulan selepas pembukaan sempadan antarabangsa negara itu.

Sempadan Sarawak/Brunei mulai dibuka pada 1 0gos lalu.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, beliau yakin sasaran itu mampu dicapai atas beberapa faktor.

Jelasnya, sebelum ini pelancong Brunei masuk ke Sarawak termasuk untuk urusan peribadi selain melawat saudara mara mereka di sini.

“Pembukaan sempadan ini sudah semestinya akan memberikan banyak manfaat kepada Sarawak membabitkan sektor pelancongan serta kegiatan ekonomi,”katanya seperti dilapor TVS lagi.

Sementara itu beliau memberitahu, sebelum pandemik COVID-19, Sarawak merekodkan kemasukan lebih sejuta pelancong dari Brunei.

Berhubung usaha merancakkan lagi sektor pelancongan Sarawak khususnya di Miri, beliau memberitahu pelbagai aktiviti dirancang untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa.

“Antaranya termasuklah Miri Country Music Festival yang akan berlangsung di Eastwood Valley Golf and Country Club pada 25 hingga 26 November depan,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru