Monday, August 8, 2022

Rakyat Sarawak perlu terus beri sokongan

Secara Rawak

KUCHING: Rakyat di negeri ini perlu memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kata Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep.

Ini menurut beliau adalah demi pembangunan berterusan Sarawak menuju negeri maju menjelang 2030.

Katanya, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Abang Johari untuk membawa Sarawak ke arah yang lebih baik termasuk menjalinkan kerjasama dengan negara-negara luar.

“Ketika ini, Abang Johari berada di London untuk lawatan kerja dan mengkaji dengan lebih terperinci mengenai Dana Kekayaan Berdaulat yang dijangka mula ditubuhkan pada 2024,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyatuan Semula Pesara dan Bekas Pekerja Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) di sini.

Beliau berkata sebelum ini lawatan serupa ke Norway pada Mei dan Singapura pada 6 Julai lalu turut dilakukan oleh Abang Johari.

Untuk rekod, kunjungan rasmi berkenaan bertujuan untuk lebih memahami mekanisme dan operasi dana berkenaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru