Thursday, August 18, 2022

LWN ZON SARAWAK 2022: Kuching FA muncul juara

Secara Rawak

KUCHING: Skuad Kuching FA tidak berdepan masalah untuk merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Liga Wanita Nasional (LWN) Zon Sarawak 2022.

Ia hasil kemenangan selesa (3-1) dicatat keatas jiran tetangga, Samarahan FA pada aksi final yang berlangsung di Stadium Mini Unimas, Kota Samarahan petang Ahad.

Kejayaan itu membolehkan anak-anak buah Suffian Ibarhim membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta piala dan pingat.

Manakala, wang RM3,000, piala dan pingat diterima pasukan tuan rumah selaku naib juara.

Sementara itu, pasukan Sibu FA menduduki tempat ketiga dan turut membawa pulang wang tunai RM2,000 selain piala dan pingat selepas menumpaskan Serian FA (1-0) ditempat keempat yang turut membawa pulang wang tunai RM1,000 dan piala.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

Hadir sama pada majlis itu Residen Bahagian Samarahan, Haji Ibrahim Lumpu, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak, Lamat Nyalau, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Morshidi Fredrick, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Nancy Jolhi, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Sivasundaram a/l Sithamparam Pillai, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais serta barisan exco badan induk berkenaan.

Enam pasukan berentap pada saingan yang bermula pada 27 Julai lalu. Pasukan terbabit ialah Samarahan FA, Serian FA dan Betong FA (Kumpulan A).

Di samping tiga lagi pasukan iaitu Sarikei FA, Sibu FA dan Kuching FA (Kumpulan B).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru