Monday, August 8, 2022

Bilangan kes sembuh Covid-19 meningkat

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Jumlah kes positif dipantau oleh pusat penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara masih menunjukkan peningkatan, dengan jumlah pesakit ke CAC meningkat sebanyak 3.2%.

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes baharu Covid-19 yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 0.5%.
Manakala  jumlah kes yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital menurun sebanyak 19.9%.

“Untuk trend kes aktif harian Covid-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya) pada akhir minggu epidemiologi 30 turun 7.69% berbanding pada akhir ME 29 (dari 70,140 kes ke 64,743 kes),” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, penggunaan katil bukan kritikal, katil unit rawatan rapi dan katil pusat rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC) masing-masing kekal tidak berubah dengan 23%, 14% dan 7.0%.

“Bilangan kes sembuh meningkat 35.5% (22,757 kes kepada 30,823 kes), bilangan kes baharu menurun sebanyak 5.2% (29,886 kes kepada 28,339 kes) dan kes kematian juga menunjukkan penurunan sebanyak 28.6% (63 kes kepada 49 kes),” katanya lagi.

Tambahnya, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam meningkat 2.8%, dengan pesakit Kategori 1 dan 2 bertambah sebanyak 5.6% dari 24 hingga 30 Julai  lalu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru